Wednesday 5 October 2016

Usaha Lif Kejayaan

     Asalammualaikum Wbt, Salam Kemesraan dan Salam 1Malaysia. Okay hari ini merupakan 05 Muharam 1438, mengikut kalendar islam. Hari khamis yang penuh dengan kecerian dimana burung-burung berkicauan, siput-siput(skuter) semakin pantas di jalan raya, terlihat abang Guard yang bermisai kontot gembira mendapat senyuman dari akak kafe. Hari yang sangat ceria pada suami yang tidak sabar saat senja melabuhkan tirai menanti malam menjelma..... (suddenly)kehkehkeh. So, sang isteri sila bagi hint-hint sikit ya, keehkehkeh.

     Okay...(ambil mood serius sikit), hari ini rasa macam nak berkongsi kisah perjalanan aku dari awal selepas menamatkan zaman persekolahan aku.Okay, aku memulakan zaman persekolahan pada sekitar tahun 90an. Mula mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas di Daerah Kluang Johor, Dan seterusnya memasuki alam persekolahan Rendah di Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim yang terletak di Kem Batu 3, Jalan Mersing, Kluang Johor.
     Seterusnya Tengok logo lah ya, hehe. Logo-logo tempat study aku dulu dan join venture nya :

Lambang Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim
Sumber = Google Image
Lambang Sekolah Kebangsaan Manong
Sumber = Google Image
Lambang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin
Sumber = Google Image
MARA
Sumber = Google Image


Suruhanjaya Tenaga
Sumber = Google Image

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Sumber = Google Image

Universiti Tenaga Nasional (In Progress)
Sumber = Google Image

     Dulu time sekolah aku ni bukan pandai sangat, bab bercinta, bergaduh, aku memang jaguh(orang kata banyak main lah). Disebabkan kelalaian aku masa bebudak, time spm.... keputusan peperiksaan aku mengecewakan, dan tika tu aku hanya mampu melihat kejayaan rakan-rakan memasuki IPTA, IPTS bila result SPM diorang keluar. 

     Tetapi uollsss kene ingat, kegagalan kita bukan beerti kita gagal selamanya....kene ada kesedaran, dan usaha untuk peroleh kemajuan. Macam aku, yang tak berapa cun time SPM terpaksa pusing jauh untuk mencapai apa yang aku dah peroleh sekarang. Cuma yang penting uolls jugak kalau boleh buat apa-apa sekali pun biarlah ada kerestuan keluarga dan niatkan hati tu nak belajar kerana Allah Taala.... usaha cari ilmu tu. Ingat, biarlah orang lain berjaya dulu, kita lambat macam mana pun cuba usaha untuk maju juga.

 Itu sahajalah coretan hari ini, aku pun tak tahu nak taip apa dah... haha. Apa-apa pun, aku cuma nak berpesan tak kira lah mana tempat pun uollsss nak blajar yang penting minat, usaha kena ada. Dan juga, kalau boleh jangan lah mengecewakan ibu-bapa, that's all. Asalammualaikum Wbt.

Jom Derma Darah

     Asalammualaikum wbt, dan salam sejahtera. hari ini aku nak berkongsi sedikit info mengenai Derma Darah dari hasil pembacaan aku. Terlebih dahulu aku nak cerita mengenai hari ini.... (tak penting pun) haha. Hari ini merupakan hari dimana untuk kali ke-4 nya aku menderma organ....... oppsss! Derma Darah. Entah mengapa, hari ini terasa terpanggil untuk menderma. Actually semalam aku ada tengok movie berkaitan tentang prosedur kelahiran bayi di mana ibu bayi ini mati disaat melahirkan cahaya mata nya. bila bersalin kalau xcukup darah juga, doc akan pakai darah tambahan kan? so, secara tak langsung membuat aku terfikir, kalau lah tika darah diperlukan... darah nya tiada. boleh berlaku perkara yang tak diingini.. sedih nya, mungkin aku tak mampu nak memberikan bantuan lain.. pada aku, kempen derma darah, program, sewajarnya kita turut serta di atas alasan kemanusiaan setidaknya, dan banyak juga nyawa boleh diselamatkan jika kita sudi , prihatin. Dan yang paling penting, lakukan dengan ikhlas.
     Okay, lenguh pulak menaip ni... apa kata uolss scroll ke bawah, baca dan fahami sumber yang dikongsikan untuk semua.(ps-Sumber-sumber dibawah adalah rujukan dari laman dan entry kesihatan)

 




KEKERAPAN MENDERMA                   =                     KEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kali = Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-  ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.

2 kali (dalan tempoh 12 bulan) = Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B

2 ~ 5 kali = Percuma  rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.

6 ~ 10 kali = Percuma rawatan pesakit luar selama *1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh *6 bulan.

11 ~ 15 kali = Percuma rawatan pesakit luar selama *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *1 tahun.

16 ~ 20 kali = Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun.

21 ~ 30 kali = Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun.

31 ~ 40 kali = Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *4 tahun.

41 ~ 50 kali = Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun.

Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis) = Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

Sumber Info = http://www.pdn.gov.my/ms/informasi/kenali-transfusi/keistimewaan-penderma-darah




                                               Sumber Info = Pembacaan Am/ Gambar

Sebab-sebab Utama Untuk Menderma Darah

1. Pemeriksaan Kesihatan Percuma  

2. Merupakan Pengurusan Berat Badan yang hebat 
3. Penginapan percuma di Wad Hospital Kelas 1 

4. Vaksinasi Hepatitis B secara percuma

5. Dapat menambahkan Sel Darah anda.  
6. Mengurangkan Risiko Kanser 
 
7. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung 

8. Mulianya jika kita dapat membantu insan yang memerlukan




     So, uollsss outthere yang ingin menderma darah boleh lah merujuk mana2 hospital untuk urusan anda, yang pasti jika kita menderma untuk membantu insan yang memerlukan itu besar ganjaran nya serta banyak juga kelebihan yang diberi oleh pihak KKM... ni yang sayang Malaysia ni, kehkehkeh. So, nak derma darah jugak, make sure uollsss dalam keaadan yang sihat dan cukup tidur ya. Bukan ape, nanti susah pulak kalau dah tumbang, kene yang halus tak apa... yang "bersaiz" tu, alahaiii senahhhh!!! hahaha. Sehingga bertemu lagi pada entry yang mendatang, InsyaAllah..... Asalammualaikum Wbt.

Monday 3 October 2016

amir izzat

     Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya dapat sekali lagi menulis di ruangan blog yang tak seberapa ni.... hehe. Suka di ingatkan kembali, sebenarnya aku menulis blog ini atas sebab minat untuk meluahkan perasaan yang terbuku kerna pada aku ini merupakan salah satu medium yang aku boleh berinteraksi dengan diri aku (dalam erti kata lain, aku rasa luahan disini lagi baekk).

     Aku pun tak tahu kenapa tangan terasa gatal je nak menaip untuk entry ni, jap nak ingat...............opsssss! okay, sebenarnya hari ini sangat membingungkan aku. Bila mana, terjaga dari tidur yang lena aku teringatkan wajah kekasih lama yang dulu pernah bertakhta dalam hati aku (actually sampai sekarang). Sampai sekarang aku takut nak bagi komitmen pada mana-mana perempuan sebab aku terlalu takut.... takut aku membuat kesilapan, dan aku terbuat orang yang aku sayang terluka. Aku tahu, luka luaran mungkin boleh sembuh.... luka di hati, tidak siapa yang tahu.... melainkan Maha-Pencipta.

     Sebelum aku melalut melebih-lebih, back to the point.... sebenarnya, pagi tadi aku telah bermimpi bertemu dengan "kekasih" lama. Sangat mengecewakan, sememangnya dalam mimpi pun nak bagitahu juga pada aku yang dia mungkin akan bersama dengan insan lain.

     Cerita dia macam ni (based in my dream). Dalam mimpi aku, aku telah pergi nun jauh di utara malaysia (negeri rahsia ya) untuk berjumpa dengan si dia. Setibanya aku di kawasan tempat tinggal dia, aku disambut mesra oleh ahli keluarga nya, malang sekali kelibat wajah dia belum muncul di ketika itu. Aku kemudiannya di jemput masuk kedalam rumah, dan dijamu air (aku xsure air apa, mungkin air jamu kuat kot...kehkehkeh). Untuk beberapa ketika, aku meneruskan perbualan bersama ahli keluarganya, kehadiran aku di ketika itu disambut, dilayan dengan penuh keceriaan cuma aku tersentak apabila merenung wajah seorang gadis sunti yang berada bersebelahan dengan aku (mungkin anak menakan dia aku rasa). [anak menakan bermaksud anak saudara , bahasa utara].

     Aku pun bertanya, "kenapa muka adik sedih je?". Lantas. pertanyaan aku di balas "Uncle, auntie saya nak berkahwin dengan orang lain". Ketika itu, hati aku seolah retak seribu dan mata terus berkaca menahan sebak tidak terhingga, di dalam mimpi aku juga aku dibawa oleh gadis ini menyaksikan pita rakaman perlawanan futsal yang auntie dia ni main. Ermmm, sampai di sini sahaja kisah mimpi aku tu... actually panjang lagi, cuma tak terdaya nak menaip tentang nya. Sebab nanti bila aku nak taip di entry yang akan datang, aku takut terlihat entry yang lama... sadis kot, huhu




 Bak kata pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul."


     Begitulah yang berlaku, kadangkala tak semua perkara yang kita harapkan berjalan seperti mana yang fikirkan ianya akan berlaku. Kita cuma mampu merangcang dan tuhan menentukannya.... sebaik-baik perancang adalah Maha-Pencipta, dan di setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya yang tersendiri.... redha, dan muhasabah diri. Mungkin kita belum bersedia, mungkin kita bukan yang terbaik untuk nya, mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita. Yang pasti Allah telah aturkan yang sebaik-baiknya untuk kita.

     Dan sekarang, sememang nya aku redha di setiap yang terjadi. Tapi nak melupakan, mungkin agak mustahil sebab dia ada di hati. Dan jugak, sememang nya aku rindu pada dia. Dan sekali lagi, (berapa kali "Dan" entah) aku percaya, aku bahagia bila mana orang yang aku sayang gembira walaupun bukan bersama aku. Maaf jugak, sebab aku bukan yang terbaik di ketika itu.. selamat Bertunang, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Mana tahu kot2 terjumpa entry ni dah berumah tangga. Salam Seribu Kemaafan Dari Saya Amir Masbro. Asalammualaikum Wbt.







Tuesday 23 August 2016

TOday gonna be my first start to write in this post. My first one i guess.....ya it is. Firstly, i would like to introduce myself. Okay.... my name is amir izzat, 25++ years old......in this year.Just ordinary village boy which is came from medium level life classes.......nothing special bout me, actually i loves to write and sorry for my language.....i'm not too good in english language, but i'm trying to learn it. i would accept any english language correction from you guys out there... sorry for that.
Today going to my tough day, like the other days before..... bout me, lot of things just happened to me so far...... and i hope this is the right medium for me to express my feeling. There's no one except my my family knows bout my feeling. At least, this is the part, entry for every part of my expressions. I did't digging for any sympathy or attention...... just my expression. By the way,  happy blogging......newbie again....