Okay, lenguh pulak menaip ni... apa kata uolss scroll ke bawah, baca dan fahami sumber yang dikongsikan untuk semua.(ps-Sumber-sumber dibawah adalah rujukan dari laman dan entry kesihatan)
KEKERAPAN MENDERMA = KEISTIMEWAAN RAWATAN
1 kali = Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X- ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.2 kali (dalan tempoh 12 bulan) = Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
2 ~ 5 kali = Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.
6 ~ 10 kali = Percuma rawatan pesakit luar selama *1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh *6 bulan.
11 ~ 15 kali = Percuma rawatan pesakit luar selama *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *1 tahun.
16 ~ 20 kali = Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun.
21 ~ 30 kali = Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun.
31 ~ 40 kali = Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *4 tahun.
41 ~ 50 kali = Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun.
Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis) = Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.
Sumber Info = http://www.pdn.gov.my/ms/informasi/kenali-transfusi/keistimewaan-penderma-darah
Sebab-sebab Utama Untuk Menderma Darah
1. Pemeriksaan Kesihatan Percuma
2. Merupakan Pengurusan Berat Badan yang hebat
4. Vaksinasi Hepatitis B secara percuma
5. Dapat menambahkan Sel Darah anda.
6. Mengurangkan Risiko Kanser
7. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
8. Mulianya jika kita dapat membantu insan yang memerlukan
So, uollsss outthere yang ingin menderma darah boleh lah merujuk mana2 hospital untuk urusan anda, yang pasti jika kita menderma untuk membantu insan yang memerlukan itu besar ganjaran nya serta banyak juga kelebihan yang diberi oleh pihak KKM... ni yang sayang Malaysia ni, kehkehkeh. So, nak derma darah jugak, make sure uollsss dalam keaadan yang sihat dan cukup tidur ya. Bukan ape, nanti susah pulak kalau dah tumbang, kene yang halus tak apa... yang "bersaiz" tu, alahaiii senahhhh!!! hahaha. Sehingga bertemu lagi pada entry yang mendatang, InsyaAllah..... Asalammualaikum Wbt.
No comments:
Post a Comment