Okay...(ambil mood serius sikit), hari ini rasa macam nak berkongsi kisah perjalanan aku dari awal selepas menamatkan zaman persekolahan aku.Okay, aku memulakan zaman persekolahan pada sekitar tahun 90an. Mula mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas di Daerah Kluang Johor, Dan seterusnya memasuki alam persekolahan Rendah di Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim yang terletak di Kem Batu 3, Jalan Mersing, Kluang Johor.
Seterusnya Tengok logo lah ya, hehe. Logo-logo tempat study aku dulu dan join venture nya :
Lambang Sekolah Kebangsaan Sultan Sir Ibrahim
Lambang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Tajul Ariffin
Sumber = Google Image
MARA
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Sumber = Google Image
Universiti Tenaga Nasional (In Progress)
Sumber = Google Image
Dulu time sekolah aku ni bukan pandai sangat, bab bercinta, bergaduh, aku memang jaguh(orang kata banyak main lah). Disebabkan kelalaian aku masa bebudak, time spm.... keputusan peperiksaan aku mengecewakan, dan tika tu aku hanya mampu melihat kejayaan rakan-rakan memasuki IPTA, IPTS bila result SPM diorang keluar.
Tetapi uollsss kene ingat, kegagalan kita bukan beerti kita gagal selamanya....kene ada kesedaran, dan usaha untuk peroleh kemajuan. Macam aku, yang tak berapa cun time SPM terpaksa pusing jauh untuk mencapai apa yang aku dah peroleh sekarang. Cuma yang penting uolls jugak kalau boleh buat apa-apa sekali pun biarlah ada kerestuan keluarga dan niatkan hati tu nak belajar kerana Allah Taala.... usaha cari ilmu tu. Ingat, biarlah orang lain berjaya dulu, kita lambat macam mana pun cuba usaha untuk maju juga.
Itu sahajalah coretan hari ini, aku pun tak tahu nak taip apa dah... haha. Apa-apa pun, aku cuma nak berpesan tak kira lah mana tempat pun uollsss nak blajar yang penting minat, usaha kena ada. Dan juga, kalau boleh jangan lah mengecewakan ibu-bapa, that's all. Asalammualaikum Wbt.
No comments:
Post a Comment