Monday 3 October 2016

amir izzat

     Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurnianya dapat sekali lagi menulis di ruangan blog yang tak seberapa ni.... hehe. Suka di ingatkan kembali, sebenarnya aku menulis blog ini atas sebab minat untuk meluahkan perasaan yang terbuku kerna pada aku ini merupakan salah satu medium yang aku boleh berinteraksi dengan diri aku (dalam erti kata lain, aku rasa luahan disini lagi baekk).

     Aku pun tak tahu kenapa tangan terasa gatal je nak menaip untuk entry ni, jap nak ingat...............opsssss! okay, sebenarnya hari ini sangat membingungkan aku. Bila mana, terjaga dari tidur yang lena aku teringatkan wajah kekasih lama yang dulu pernah bertakhta dalam hati aku (actually sampai sekarang). Sampai sekarang aku takut nak bagi komitmen pada mana-mana perempuan sebab aku terlalu takut.... takut aku membuat kesilapan, dan aku terbuat orang yang aku sayang terluka. Aku tahu, luka luaran mungkin boleh sembuh.... luka di hati, tidak siapa yang tahu.... melainkan Maha-Pencipta.

     Sebelum aku melalut melebih-lebih, back to the point.... sebenarnya, pagi tadi aku telah bermimpi bertemu dengan "kekasih" lama. Sangat mengecewakan, sememangnya dalam mimpi pun nak bagitahu juga pada aku yang dia mungkin akan bersama dengan insan lain.

     Cerita dia macam ni (based in my dream). Dalam mimpi aku, aku telah pergi nun jauh di utara malaysia (negeri rahsia ya) untuk berjumpa dengan si dia. Setibanya aku di kawasan tempat tinggal dia, aku disambut mesra oleh ahli keluarga nya, malang sekali kelibat wajah dia belum muncul di ketika itu. Aku kemudiannya di jemput masuk kedalam rumah, dan dijamu air (aku xsure air apa, mungkin air jamu kuat kot...kehkehkeh). Untuk beberapa ketika, aku meneruskan perbualan bersama ahli keluarganya, kehadiran aku di ketika itu disambut, dilayan dengan penuh keceriaan cuma aku tersentak apabila merenung wajah seorang gadis sunti yang berada bersebelahan dengan aku (mungkin anak menakan dia aku rasa). [anak menakan bermaksud anak saudara , bahasa utara].

     Aku pun bertanya, "kenapa muka adik sedih je?". Lantas. pertanyaan aku di balas "Uncle, auntie saya nak berkahwin dengan orang lain". Ketika itu, hati aku seolah retak seribu dan mata terus berkaca menahan sebak tidak terhingga, di dalam mimpi aku juga aku dibawa oleh gadis ini menyaksikan pita rakaman perlawanan futsal yang auntie dia ni main. Ermmm, sampai di sini sahaja kisah mimpi aku tu... actually panjang lagi, cuma tak terdaya nak menaip tentang nya. Sebab nanti bila aku nak taip di entry yang akan datang, aku takut terlihat entry yang lama... sadis kot, huhu




 Bak kata pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul."


     Begitulah yang berlaku, kadangkala tak semua perkara yang kita harapkan berjalan seperti mana yang fikirkan ianya akan berlaku. Kita cuma mampu merangcang dan tuhan menentukannya.... sebaik-baik perancang adalah Maha-Pencipta, dan di setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya yang tersendiri.... redha, dan muhasabah diri. Mungkin kita belum bersedia, mungkin kita bukan yang terbaik untuk nya, mungkin dia bukan yang terbaik untuk kita. Yang pasti Allah telah aturkan yang sebaik-baiknya untuk kita.

     Dan sekarang, sememang nya aku redha di setiap yang terjadi. Tapi nak melupakan, mungkin agak mustahil sebab dia ada di hati. Dan jugak, sememang nya aku rindu pada dia. Dan sekali lagi, (berapa kali "Dan" entah) aku percaya, aku bahagia bila mana orang yang aku sayang gembira walaupun bukan bersama aku. Maaf jugak, sebab aku bukan yang terbaik di ketika itu.. selamat Bertunang, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Mana tahu kot2 terjumpa entry ni dah berumah tangga. Salam Seribu Kemaafan Dari Saya Amir Masbro. Asalammualaikum Wbt.







No comments:

Post a Comment